fbpx

Jong-un pantau pelancaran misil ICBM bersama anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pakar bependapat Jong-un meletakkan anak perempuannya untuk menjadi pemimpin tertinggi seterusnya. - AFP

PYONGYANG – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menyelia ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang baharu bersama anak perempuannya buat kali pertama, lapor sebuah akhbar.

Perkara itu berlaku kelmarin ketika beliau mengisytiharkan akan menghadapi ancaman nukelar Amerika Syarikat (AS) dengan senjata nuklearnya sendiri. 

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan, peluru berpandu Hwasong-17 itu digelar sebagai ‘peluru berpandu raksasa’ oleh penganalisis-penganalisis.

Pelancaran ‘sistem senjata strategik utama baharu’ berjaya, kata KCNA.

Agensi berita itu turut memaklumkan bahawa Jong-un memantau pelancaran Hwasong-17  bersama anak perempuan dan isterinya. 

Imej yang dikeluarkan media pemerintah memaparkan beliau ditemani seorang gadis berjaket putih dan berkasut merah ketika berjalan di hadapan peluru berpandu itu.

Media rasmi Korea Utara tidak pernah menyebut tentang anak-anak Jong-un dan ini adalah pengesahan rasmi pertama bahawa beliau mempunyai seorang anak perempuan, kata beberapa pakar.

Laporan KCNA kelmarin bagaimanapun tidak menyebut nama anak perempuan Jong-un itu.

Pelancaran peluru berpandu Hwasong-17 menandakan ‘pengekalan program senjata rejim Jong-un yang penting untuk kelangsungan hidup beliau dan kesinambungan pemerintahan keluarganya, kata bekas penganalisis CIA, Soo Kim kepada agensi berita AFP.

“Berdasarkan laporan media rasmi itu, kami telah melihat dengan mata kepala kami sendiri generasi keempat keluarga Kim,” katanya.

Jong-un merupakan cucu pengasas negara Korea Utara, Kim II Sung dan generasi ketiga keluarga itu yang memimpin negara. Beliau berkahwin dengan isterinya, Ri Sol-ju pada 2009, demikian menurut agensi perisikan Korea Selatan.

Sol-ju melahirkan anak pertama pada tahun berikutnya, manakala anak kedua dan ketiga masing-masing dilahirkan pada 2013 dan 2017, kata agensi itu.

Satu-satunya pengesahan sebelum ini mengenai kewujudan kanak-kanak itu datang daripada bekas pemain bola keranjang NBA, Dennis Rodman yang mendakwa pernah bertemu bayi perempuan Jong-un yang dipanggil Ju-ae semasa lawatannya ke Korea Utara pada 2013. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI