fbpx

Hotel Grand Dorsett sunyi, tiada pemimpin PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan semasa di Hotel Grand Dorsett di sini tanpa sebarang pergerakan pemimpin PH.

SUBANG- Tiada sebarang pergerakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Hotel Grand Dorsett di sini yang menjadi pusat media PH bagi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Difahamkan, pemimpin-pemimpin PH sedang mengadakan perbincangan di lokasi yang dirahsiakan bagi membentuk kerajaan selepas mereka berjaya mendapat kerusi Parlimen tertinggi semalam.

Terdahulu, Istana Negara dalam satu kenyataan menyatakan semua parti gabungan perlu menamakan seorang Ahli Dewan Rakyat untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sebelum pukul 2 petang esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI