fbpx

Hanya doktor ada ‘kuasa’ bagi cuti esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang mengundi di sebuah sekolah di Ampang semalam.

PETALING JAYA – Ekoran tiada parti yang mencapai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parlimen kini disifatkan tergantung.

Bertitik tolak daripada itu, timbul pula persoalan dalam kalangan orang ramai yang mempersoalkan sama ada esok akan diberikan cuti peristiwa atau tidak.

Susulan itu, seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr Redza Zainal tampil berseloroh melalui hantaran di akaun Twitternya dengan menulis ‘Rasmi: Belum ada kuasa sah yang layak untuk beri cuti esok kecuali Doktor’.

Ciapan tersebut berjaya meraih perhatian dan telah mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada orang ramai khususnya pengguna Twitter.

“Yang ini tersangat betul, tiada siapa boleh sangkalkan lagi, memang berkuasa, boleh bagi cuti bila-bila masa sahaja,” ciap @NajmiSaif.

“Dah cuti minggu lepas, dengan kerja berlambaknya, mahu atau tidak, walaupun sakit urat terpaksalah datang kerja esok,” ciap @Fathijun.

“Baru rancang nak ambil sijil cuti tetapi terlupa sudah cuti awal-awal dulu, maka reda sahajalah pergi kerja,” ciap @ekinboomuah.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang berseloroh bertanyakan doktor tersebut tentang bagaimana untuk nampak sakit walaupun tidak sakit supaya mendapat sijil sakit tanpa perlu disoal banyak.

“Salam Doktor, boleh terangkan bagaimana muka cirit birit apabila minta sijil sakit nanti, doktor jangan banyak tanya, saya sakit ni,” tulis @johnywu.

“Agak-agak kalau mekap kasi pucat muka doktor tahu tak kita menipu? terdesak ni nak bali Subang dari Kelantan, gurau saja doktor!,” ciap @mexqlate.

Setakat ini, ciapan tersebut telah meraih sebanyak 1,132 tanda suka dengan 892 ciap semula dan dihujani dengan pelbagai komen daripada pengguna Twitter terutama pengikutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI