fbpx

Fezrul Khan perli siapa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEZRUL KHAN

MINGGU lalu, Diva ada terdengar cerita tentang seorang pelakon wanita mengamuk di lokasi penggambaran selepas didakwa dicekik oleh aktor gandingannya.

Kurang beberapa hari, pelakon Fezrul Khan mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah hantaran berbaur sindiran buat seseorang.

“Kalau kau belajar jujitsu (seni pertahanan diri) memang tidak boleh cekik orang dengan sebelah tangan. Pergi tanya teman lelaki kau pelakon aksi itu.

“Sekarang kau tahu tahap lakonan sendiri, bukan setaraf aku.

“Berlakon hanya untuk glamor dan gedik bolehlah untuk tahap kau. Kau berlakon naskhah seram, bukannya cerita cencorot lari masuk padang,” katanya.

Fuh! Memang pedas juga kata-kata Fezrul tetapi tidak ditujukan pula pada siapa hantaran tersebut.

Kalau boleh, janganlah berpanjangan perseteruan begini, tidak seronok pula nanti kalau berlakon bersama nanti.

DIVA: Sejak kebelakangan ini, Siti Saleha sangat cantik. Mungkin naik seri kerana hati kembali berbunga dengan kehadiran cinta baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI