fbpx

Elak guna wang dalam rundingan bentuk kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa semua pihak berkaitan agar membuat rundingan dalam membentuk kerajaan baharu berlandaskan dasar dan bukan pengagihan pelantikan bersifat naungan semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, Dr. Tracia Yeoh berkata, membentuk kerajaan campuran adalah agenda paling penting dalam beberapa hari mendatang dan perlu berwaspada terhadap penggunaan wang sepanjang proses itu.

“Undang-undang penting seperti Akta Pendanaan Politik, Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan, Akta Perkhidmatan Parlimen, Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan adalah lebih mendesak berbanding sebelum ini.

“Maka itu, kami menanti untuk menyaksikan parti-parti politik menyatakan pendirian mereka terhadap semua perundangan ini yang dilihat mampu mengubah pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya menggalakkan parti-parti politik untuk berunding berdasarkan kepada dasar dan undang-undang kerana ia adalah amat diperlukan dalam menangani kedua-dua pembaharuan ekonomi dan institusi pada masa mendatang.

“Jelas sekali, para pengundi di Malaysia terlihat sudah letih akan budaya rasuah yang tertanam dalam pentadbiran dan ekosistemnya khususnya dalam kalangan pengundi Melayu yang telah menyatakan pendirian terhadap isu ini.

“Kami menantikan perancangan yang kukuh selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang akan tamat tempohnya pada tahun 2023,” tambah Tracia.

Dalam pada itu, IDEAS mengakui bahawa Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) telah membawa kepada wujudnya istilah Parlimen tergantung apabila tiada mana-mana gabungan parti berjaya memenangi majoriti mudah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI