fbpx

AS bantu Thailand bangunkan tenaga nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Harris (kiri) ketika sidang APEC di Bangkok, semalam. - AFP

BANGKOK – Amerika Syarikat (AS) akan membantu Thailand membangunkan kuasa nuklear menerusi satu kelas reaktor kecil baharu sebagai sebahagian daripada program yang disasarkan untuk memerangi perubahan iklim.

Naib Presiden AS, Kamala Harris mengumumkan perkara itu ketika sesi lawatannya ke Bangkok semalam semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Menurut White House, ia adalah sebahagian daripada Inisiatif Dunia Sifar Bersih, satu projek yang dilancarkan tahun lalu ketika sidang kemuncak iklim di Glasgow, Scotland, di mana Washington bekerjasama dengan sektor swasta dan dermawan bagi mempromosikan penggunaan tenaga bersih.

Thailand ketika ini tidak memiliki tenaga nuklear.

White House berkata, ia akan menyediakan bantuan teknikal kepada negara Asia Tenggara itu bagi memulakan teknologi pembangunan reaktor modular kecil yang dibina di kilang dan mudah alih.

Reaktor seperti itu secara umumnya dianggap lebih selamat kerana tidak memerlukan bantuan manusia untuk dipadamkan ketika kecemasan.

“Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Thailand bagi mengambil manfaat daripada pembinaan reaktor modular kecil dan sumber tenaga bersih yang dipercayai,” kata seorang pegawai kanan AS yang berada di Bangkok bersama Harris.

Tambah kenyataan White House, pakar-pakar AS akan bekerjasama dengan Thailand untuk membangunkan reaktor yang memiliki standarad keselamata tinggi.

Pejabat pentadbiran AS itu bagaimanapun tidak memberikan garis masa tertentu namun menurutnya, ia akan membantu Bangkok yang amat terdedah kepada perubahan iklim dalam memenuhi sasaran sifar karbon menjelang 2065. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI