fbpx

Amaran ribut petir di Pantai Timur, Johor, Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia berkata menerusi kenyataan di laman sesawangnya, seluruh di Pantai Timur, dijangka berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Kelantan, kawasan yang diramal mengalami ribut petir dan angin kencang adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu adalah Kemaman sahaja.

“Bagi negeri Pahang, situasi sama diramalkan bagi kawasan Kuantan sahaja,” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, di Sarawak kawasan yang dijangka ribut petir dan hujan lebat pula adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis).

“Cuaca buruk juga dijangka melibatkan beberapa kawasan di Sabah iaitu Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI