fbpx

396 penginapan bajet tak berdaftar di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANGKAWI sentiasa menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara sebagai lokasi percutian kerana keunikan dan keindahannya. – gambar hiasan

LANGKAWI – Kira-kira 396 unit penginapan terdiri daripada inap desa dan hotel bajet di sini tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Nasaruddin Abdul ­Muttalib berkata, terdapat 45 syarikat penginapan memiliki lesen Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Katanya, 77 syarikat lagi hanya mempunyai lesen MPLBP, tetapi tidak berdaftar dengan MOTAC.

“Kebanyakan syarikat yang tidak berdaftar dengan PBT ini biasanya membina penginapan di atas tanah berstatus pertanian yang memerlukan pelbagai prosedur untuk mengubah status tanah tersebut

“Bagi pengusaha kecil-kecilan, mereka tidak mahu mengeluarkan kos tambahan bagi mendaftarkan penginapan dengan MOTAC,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Lada, di sini baru-baru ini.

Nasaruddin berkata, Unit Pelancongan Lada turut masuk ke kampung-kampung bagi mendapatkan maklumat mengenai pengusaha inap desa dan penginapan bajet yang tidak berdaftar.

Ujarnya, Lada hanya boleh mengadakan promosi dan bantuan bagi penginapan yang berdaftar.

Bagaimanapun, pihaknya akan mengambil inisiatif bagi mengadakan pertemuan dengan pengusaha inap desa dan hotel bajet yang tidak berdaftar di Langkawi.

Jelasnya, pihaknya akan membantu mereka untuk mendaf­tarkan perniagaan bagi memudahkan pihak berkenaan menerima apa-apa bantuan atau insentif yang diberikan kerajaan.

Tambahnya, pihaknya juga akan membantu dari segi me­ngadakan promosi pelancongan bagi pengusaha-pengusaha ini selepas mereka mendaftarkan perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI