fbpx

1,900 karton rokok seludup baru ‘mendarat ‘ dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKOK seludup disyaki baru 'mendarat' di persisiran pantai Tanjung Logok, Tenggaroh, Kota Tinggi berjaya dirampas Tentera Darat Malaysia (TDM) awal pagi tadi. Gambar IHSAN ATM

KOTA TINGGI – Sebanyak 1,900 karton rokok seludup bernilai RM114,000 disyaki baru ‘mendarat’ di persisiran pantai Tanjung Logok, Tenggaroh di sini awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam berkata, rampasan kontraban itu dilakukan pada pukul 2 pagi ketika anggota melaksanakan Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

“Hasil rondaan mendapati, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengesan satu longgokan kotak berada di persisiran pantai. Tim ronda mempercayai kotak-kotak tersebut baru sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu untuk diambil oleh orang perantaraan peruncit.

“Kesemua 38 kotak telah di bawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 38 kotak tersebut mengandungi 1,900 karton rokok jenama Saat (Gold) yang dianggarkan bernilai RM 114,000,”katanya di sini.

Menurut kenyataan itu, laporan polis telah dilakukan di Balai Polis Tanjung Sedili pada pukul 5 pagi dan barang rampasan akan diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan selanjutnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI