fbpx

Tragedi Kanjuruhan digesa diisytihar sebagai pelanggaran hak asasi manusia yang serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) diminta bertanggungjawab, adil, telus, dan tidak pilih bulu ekoran insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan pada 1 Oktober lalu yang mengorbankan 135 orang. - AFP

JAKARTA – Keluarga mangsa insiden rempuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur, Indonesia menggesa agar kes itu diisytiharkan sebagai pelanggaran hak asasi manusia (HAM) yang serius, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Pembantu Pasukan Bersama Aremania dan Setiausaha Agung Persekutuan Suruhanjaya untuk Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras), Andy Irfan menyampaikan hasrat keluarga mangsa ketika berada di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Komnas HAM).

“Serangan itu berlaku bukan secara impulsif tetapi sistematik.

“Kami berharap pesuruhjaya baharu di Komnas HAM dapat segera membentuk pasukan penyiasat ad hoc berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Stadium Kanjuruhan,” katanya.

Andy menganggap bahawa serangan itu berlaku secara sistematik setelah melihat kepada tindakan pihak polis yang melepaskan gas pemedih mata. 

Beliau berkata, video yang tersebar memaparkan anggota polis melepaskan gas pemedih mata sebanyak 45 kali dari pelbagai arah di tempat pengunjung berdiri.

Menurut Andy, tindakan melepaskan gas pemedih mata dilihat menjadi punca kepada kematian berpuluh-puluh orang kerana mereka ditemui di tempat duduk penonton, bukan di tempat berdiri yang sesak.

Lebih-lebih lagi apabila bekas Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Nico Afinta telah mengakui bahawa tembakan gas pemedih mata di stadium pada 1 Oktober lalu adalah mengikut prosedur.

Beliau turut kesal dengan hasil siasatan Komnas HAM yang menyatakan bahawa tragedi itu bukan satu pelanggaran hak asasi manusia yang teruk.

Keluarga mangsa tragedi kanjuruhan tiba di pejabat Komnas Ham pada pukul 2.38 petang (waktu tempatan) kemarin setelah bertolak dengan menaiki bas dari Malang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI