fbpx

Tiga meninggal dunia pada hari buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPR dan orang ramai membantu seorang wanita yang sesak nafas sebelum meninggal dunia selepas mengundi di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Tiga individu dilaporkan meninggal dunia ketika beratur untuk membuang undi di negeri Kelantan dan Johor, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu kes dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, manakala dua lagi kes dilaporkan berlaku di Johor.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pengundi warga emas wanita, Tuminah Ambiah berusia 85 tahun tidak sempat mengundi apabila menghembuskan nafas terakhir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk, Paloh sekitar pukul 10.21 pagi tadi.

Sementara itu, seorang lagi, Sh Juhara Syed Mohamad, 57, turut dilaporkan meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, dekat sini, 9.30 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI