PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dijangka bakal menerajui Parlimen itu apabila mendahului jumlah undian setakat pukul 10.12 malam ini.
Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan Tok Mat memperoleh sebanyak 6,827 undi.
Tok Mat diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha yang memperoleh sebanyak 2,956 undi.
Jumlah undian yang dikira setakat ini ialah sebanyak 12,319 undi manakala pengundi berdaftar di kawasan itu sebanyak 133,555 orang. – KOSMO! ONLINE