KEMAMAN – Calon Perikatan Nasional (PN) sedang mendahului di kerusi Parlimen Kemaman bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setakat pukul 8 malam, keputusan tidak rasmi menyaksikan Che Alias Hamid telah memperolehi 1,882 undi mengatasi tiga pencabarnya yang lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 1, 443 undi.
Buat masa ini, sebanyak 11 daripada 243 peti undi telah dibuka.
Parlimen Kemaman mempunyai 139,423 orang pengundi berdaftar.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kerusi Parlimen Kemaman dimenangi Che Alias dengan majoriti 2,163 undi. – KOSMO! ONLINE