LANGKAWI – Perikatan Nasional (PN) mendahului keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi dalam keputusan tidak rasmi setakat pukul 8 malam tadi.
Calon PN, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah mendahului dengan majoriti 35 berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj yang memperoleh 382 undi.
Tun Dr. Mahathir Mohamad mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) setakat ini mendapat 27 undi.
Parlimen Langkawi menyaksikan pertembungan lima penjuru antara PN, BN, GTA, Zabidi Yahya dari Pakatan Harapan (PH) dan calon bebas, Datuk Abd. Kadir Sainudin.-KOSMO! ONLINE