PETALING JAYA – Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ini sengit apabila mendahului pencabarnya, Datuk R. Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH).
Setakat pukul 9.26 malam ini, Khairy Jamaluddin meraih undi sebanyak 2,584 diikuti Ramanan yang mendapat 2,197 undi serta calon Perikatan Nasional, Mohd. Ghazali Md. Hamin Perikatan Nasional (1,474) Sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Secara keseluruhan, jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Sungai Buloh adalah seramai 158,090.
Sebelum ini penyandang bagi kerusi parlimen tersebut adalah R Sivarasa daripada PH. – KOSMO! ONLINE.