fbpx

Ribut petir di Selangor, Johor dan Melaka pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu diramal berlaku sehingga pukul 9 pagi, yang akan melibatkan negeri Selangor iaitu kawasan Hulu Langat.

“Kawasan membuang undi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) juga diramal akan berdepan dengan cuaca buruk ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman sesawangnya.

Tambah MetMalaysia, di Sabah kawasan yang dijangka ribut petir dan angin kencang adalah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).

“Orang ramai di kawasan-kawasan negeri lain sekitar Semenanjung dan Sarawak disarankan untuk membuang undi pada awal pagi ekoran cuaca dijangka dalam keadaan baik dan cerah kerana tiada laporan hujan dikeluarkan,” tambah MetMalaysia.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI