fbpx

Ramai nak tempah baju digayakan Fikry Ibrahim waktu undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAJU yang digayakan pelakon Fikry Ibrahim mencuri perhatian orang ramai dalam platform media sosial.

PETALING JAYA – “Haram syurga untuk pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya.”

Itu tulisan yang tertera pada baju dipakai pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, ketika membuang undi Pilihanraya Umum Ke -15 (PRU15) kali ini.

Baju yang digayakannya meraih perhatian ramai netizen sehingga ada dalam kalangan mereka berminat melakukan tempahan secara pukal.

“Ramai betui minat baju tu. Saya custom (patenkan) baju tu, ada yang berminat nak order (buat tempahan) ke?,” ciap anak seni kelahiran Jitra, Kedah itu menerusi Twitter.

Ramai rakyat dalam platform media sosial berminat untuk mendapatkan tempahan baju tersebut.

“Beli mana baju YB JPEG PDF AI. Err, that t-shirt allowed, uh? (Baju seperti itu dibenarkan ke pakai waktu mengundi?).

“Tak mewakili mana-mana parti tak jadi masalah,” demikian antara ciapan dikongsi netizen menerusi Twitter.

Fikry mengundi di P006, Parlimen Kubang Pasu yang menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Hasmuni yang mewakili BN, penyandang Parlimen, Amiruddin (Pejuang), Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ku Rahman Ku Ismail (Perikatan Nasional) dan calon Pakatan Harapan, Aizuddin Ariffin.

Pada PRU14, Amiruddin yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang kerusi berkenaan dengan majoriti 13,009 undi menewaskan dua calon lain masing-masing dari BN dan PAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI