fbpx

PRU15: Tun M, isteri mengundi di Parlimen Kuala Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah mengundi di SK Titi Gajah bagi Parlimen Kuala Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di sini bagi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Mahathir tiba di pusat pengundian tersebut bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali kira-kira pukul 10.52 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Sebelum beredar, beliau turut membuat ucapan dan menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran ke-28 kepada jurugambar Astro Awani, Noorshifa Ahmad.

Dr. Mahathir mengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah yang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan (Warisan).

Kerusi Parlimen Kuala Kedah itu disandang Dr. Azman Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Terdahulu, Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi sebelum itu melawat pusat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat dan Kuah di Langkawi, dekat sini.

Di Parlimen Langkawi. Dr. Mahathir berdepan empat lawan iaitu Datuk Armishah Siraj dari BN, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd. Kadir Sainudin (Bebas). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI