fbpx

PRU15: Tok Mat hadir mengundi bersama isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bersama isteri ketika mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau di sini. Foto: Mohd Shahjehan Maamin

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan hadir pada pukul 9.11 pagi di Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua, Rantau di sini.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Rembau hadir bersama isteri Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin.

“Keluarlah mengundi, tunaikan tanggungjawab kita sebagai warganegara untuk memilih kerajaan yang akan dapat kita bergantung dalam tempoh lima tahun akan datang, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohamad selesai mengundi sekitar pukul 9.40 pagi tadi.

Palimen Rembau menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Mohamad, Jufitri Joha (Pakatan Harapan), Mohd. Nazree Mohd. Yunus (Perikatan Nasional), Ramly Awaluddin (PEJUANG) dan S.Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI