MACHANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendahului dengan memperoleh 6,495 undi setakat pukul 8.40 malam.
Keputusan itu menyaksikan Wan Ahmad mendahului calon Barisan Nasional yang juga penyandang Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang memperoleh 4,927 undi.
Calon Pakatan Harapan, Dr. Rosli Allani S. Abdull Khadir mendapat 946 undi dan Mejar (B) Muhamad Seman daripada Gerakan Tanah Air mendapat 32 undi.
Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan 33 peti undi yang diterima daripada keseluruhan 162 peti. – KOSMO! ONLINE