ALOR GAJAH – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan mendahului tiga calon lain dalam sesi pengiraan undi bagi kerusi Parlimen Alor Gajah setakat pukul 8.46 malam tadi.
Calon Barisan Nasional (BN) itu telah meraih 4,972 undi dengan majoriti 1,251 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari pula berada di belakangnya dengan memperoleh 3,721 undi.
Parlimen Alor Gajah mempunyai 181 peti undi dan setakat ini hanya 36 daripadanya telah diumumkan.-KOSMO! ONLINE