BERA – Keputusan tidak rasmi sehingga pukul 8.30 malam bagi Parlimen Bera menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului dengan 2,584 undi meninggalkan jauh calon Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Manakala, bagi DUN Guai, menyaksikan calon BN mendahului dengan 202 undi dalam empat daripada 48 peti undi yang telah diterima di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera (MDB).
DUN Triang pula menyaksikan calon PH mendahului dengan 48 undi setakat ini diikuti calon BN dan PN.
Sementara itu, bagi DUN Kemayan, calon BN mendahului 1,564 undi berbanding calon PN dengan hanya 687 undi.
HABIS