PETALING JAYA – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan, beliau yang juga penyandang Parlimen itu meraih sebanyak 19,961 undi meninggalkan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd. Helmy Abd. Latif (18,616) dan calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin iaitu 14,581.
Pada PRU-14, Syed Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) menewaskan Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti sebanyak 6,953 undi. – KOSMO! ONLINE