PETALING JAYA – Datuk Seri Mahdzir Khalid terpaksa akur apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Nurul Amin Hamid bagi kerusi Parlimen Padang Terap.
Mempunyai majoriti sebanyak 10,959 undian, Nurul Amin merampas kerusi tersebut daripada Mahdzir yang merupakan penyandang Parlimen itu.
Pertembungan itu menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Muaz Abdullah yang mendapat sebanyak 2,702 undian dan calon Pejuang, Razali Lebai Salleh (452 undian). – KOSMO! ONLINE