fbpx

PRU15: [RASMI] GPS kuasai separuh Parlimen di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mendominasi negeri itu apabila memenangi 50 peratus daripada kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat malam ini.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 11 malam ini menyaksikan GPS menguasai Lawas, Hulu Rajang, Kanowit, Mukah, Ingan, Sarikie dan Tanjong Manis.

Parti itu turut menguasai kerusi Parlimen Betong, Lubok Antu, Sri Aman, Batang Sadong, Serian, Puncak Borneo dan Kota Samarahan.

Parti DAP pula mengusai tiga kerusi iaitu Mas Gading, Stapin dan Bandar Kuching.

Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memang satu kerusi di Saratok dan Julau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI