fbpx

PRU15: [RASMI] Azalina pertahan Pengerang bagi penggal kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina

KOTA TINGGI – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pengerang untuk penggal kelima apabila meraih sebanyak 21,738 undi.

Beliau menang dengan majoriti 5,010 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Fairulnizar Rahmat mendapat sebanyak 16,728 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Che Zakaria Mohd Salleh mendapat 3,374 undi.

Kemenangan Azalina diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pengerang, Fizwan Mohd. Rashidi pada pukul 10.05 di Dewan Bandaran, Bandar Penawar di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI