PASIR MAS – Calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaary menang besar di Parlimen Pasir Mas dengan majoriti 30,717 undi sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU14) yang lalu.
Keputusan rasmi menunjukkan Ahmad Fadhli Shaary memperoleh 44,444 undi diikuti calon Barisan Nasional, Datuk Ab. Ghani Harun dengan 13,727 undi, Datuk Husam Musa (Pakatan Harapan) sebanyak 6,439 undian manakala Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Gerakan Tanah Air) dengan 543 undi.
Ahmad Fadhli memperoleh majoriti 30, 717 undi denga 69.96 peratus keluar mengundi daripada 65,153 pengundi keseluruhan.- KOSMO! ONLINE