BERA – ‘Saya nak beratur macam orang lain,”kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di sini.
Ismail Sabri tiba di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong pada pukul 9.20 pagi dengan diiringi isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin serta anak dan menantu beliau.
Beliau yang mengundi di saluran dua kemudianya bersalaman dengan orang ramai yang hadir untuk membuang undi.
Selepas bersalaman dengan orang ramai beliau kemudiannya kembali beratur seperti pengundi-pengundi lain.
Ismail Sabri mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam pertandingan tiga penjuru dengan wakil Perikatan Nasional (PN) Datuk Asmawi Harun dan calon Pakatan Harapan (PH) Abas Awang. – KOSMO! ONLINE