fbpx

PRU15: Pemuda OKU Celebral Palsy teruja mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Amilin yang ditemani ibunya, Suryati ceria mengundi buat kali pertama di SK Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) yang teruja mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi bangun seawal pukul 6 pagi untuk keluar membuang undi buat pertama kalinya.

Ibunya, Suryati Robi, 49, berkata, anaknya, Khairul Amilin Abdul Halim, 28, lumpuh dan tidak mampu bertutur dengan lancar sejak lahir berikutan penyakit Cerebral Palsy.

Dia berkata, anak sulung dari lima beradik tersebut bukan sahaja sanggup bangun awal pada hari mengundi malah melakukan persediaan awal sejak dua minggu lalu.

“Dia sangat teruja untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak hari penamaan calon lagi.

“Dia ambil tahu semua empat calon parti bertanding di Parlimen Kemaman,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong di sini hari ini.

Suryati berkata, Khairul Amilin juga rajin mengikuti perjalanan kempen pilihan raya menerusi media sosial dan televisyen.

Katanya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara anak istimewanya untuk memilih calon pilihan terbaik untuk menjadi wakil rakyat Parlimen Kemaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI