SHAH ALAM – Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kelihatan tersenyum lebar ketika hadir di pekarangan Glenmarie Golf & Country Resort di sini hari ini.
Sementara itu, ketika disoal mengenai kedudukannya yang sedang mendahului di Parlimen Tambun, Ahmad Faizal hanya membalas dengan senyuman kepada para pengamal media.
Menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.30 malam tadi, beliau mendahului dengan 2,652 undi di kerusi Parlimen Tambun meninggalkan calon Barisan Nasional, Aminuddin Md Hanafiah (1,237 undi), calon Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta calon Gerakan Tanah Air, Abdul Rahim Tahir masing-masing 321 undi. – KOSMO! ONLINE