fbpx

PRU15: Muhyiddin, isteri selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN dan isteri membuang undi di SMK Sri Muar, Muar hari ini.

MUAR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengundi di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba pukul 8.50 pagi ditemani isteri tercinta, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu menyeru agar orang ramai keluar awal untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

“Saya menyeru agar pengundi keluar awal, hari ini cuaca tidak menentu, takut sebelah petang hujan lebat dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhyiddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pagoh selama enam penggal dicabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Kerusi Parlimen Pagoh disandang Muhyiddin yang menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi, menewaskan calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz dan calon BN, Ismail Mohamed.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI