fbpx

PRU15: ‘Mat Kilau’ pun turun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON kelahiran Singapura, Adi Putra selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada PRU15 kali ini.

PETALING JAYA – ‘Mat Kilau’ Datuk Adi Putra selesai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Tunjang utama filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bersemangat dengan memuat naik foto jarinya berdakwat awal pagi tadi dalam Instagram.

“Selamat mengundi, Malaysia! #taatpadayangsatu,” demikian coretan ringkas Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41.

Ramai dalam kalangan peminat merakamkan ucapan tahniah buat Adi yang tidak menunggu lama melunaskan tugas sebagai rakyat Malaysia.

“Tahniah Datuk Adi Putra dah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin kepada negara. Terbaik dan ‘salute’.

“Ingatkan tercucuk lubang hidung Thanos (watak filem Marvel) tadi,” demikian antara komen ditinggalkan para peminat.

Sekadar info, Adi yang merupakan selebriti kelahiran Singapura mengumumkan dalam laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf warganegara Malaysia.

Selain Adi, isteri dan anak-anaknya turut memperoleh kewarganegaraan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI