fbpx

PRU15: Mahfuz berserah kepada Allah tentukan nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz dan isteri, Ruswati tiba di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Hutan Kampung, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menunaikan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Hutan Kampung di sini.

Penyandang Parlimen Pokok Sena itu tiba di pekarangan kolej tersebut pada pukul 9.15 pagi bersama isteri, Datin Ruswati Jaafar, 62.

Tampil sedondon menggenakan busana berwarna kuning, kedua-dua kelihatan ceria ketika beramah mesra dengan orang ramai di pusat pengundian itu.

Ketika ditemui pemberita, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau berserah kepada tuhan untuk menentukan nasibnya dalam PRU15.

“Apa pun ini tak merisaukan saya kerana berasaskan pengalaman selama 22 bulan memerintah sebelum ini, hubungan kami dengan rakyat masih dirasai.

“Jadi saya tak risau. Apa pun saya berserah kepada Allah,” katanya di sini hari ini.

Mahfuz menghadapi pertembungan empat penjuru di Pokok Sena iaitu, Noraini Md. Salleh dari Parti Warisan (Warisan), Datuk Ahmad Saad@Yahaya (Perikatan Nasional), Noran Zamini Jamaluddin (Barisan Nasional).

Beliau disifatkan calon ‘heavyweight’ apabila menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena pada 1999 sebelum memenangi semula kerusi itu atas tiket Pas pada PRU12 dan PRU13, sebelum mempertahankan kerusi itu buat kali keempat pada PRU14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI