fbpx

PRU15: Ku Li mahu kerajaan kukuh, stabil selepas pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Razaleigh (tengah) tiba di pusat mengundi di SK Kampung Sireh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang turut dikenali dengan panggilan Ku Li berkata, keadaan itu amat diperlukan dalam usaha memacu semula pemulihan ekonomi ke arah lebih baik pada masa hadapan.

“Kestabilan itu sekali gus akan memberi keyakinan kepada pelabur asing dalam usaha merangsang pemulihan ekonomi negara. Apabila kerajaan stabil, secara tidak langsung pelabur akan yakin untuk dan perkara itu telah dibuktikan sebelum ini.

“Kita dapat lihat kerajaan stabil dan kukuh sebelum ini telah berjaya mentadbir negara dengan baik dalam pelbagai sudut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, beliau mahu kerajaan yang bentuk berusaha menyelamatkan Ringgit Malaysia (RM) dan meletakkan mata wang negara itu berada pada kedudukan terbaik.

Katanya yang juga calon BN Parlimen Gua Musang, keadaan itu dapat mengelakkan inflasi terus berlaku dan membelenggu rakyat sekali gus menekan kehidupan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI