fbpx

PRU15: Johari tiba bersama isteri buang undi di SK Taman Maluri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika tiba di pusat mengundi di SK Taman Maluri hari ini.

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Maluri di sini kira-kira pukul 8.55 pagi bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Ketibaan Johari bersama isteri turut disambut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Johari yang memakai baju kemeja kelabu membuang undi di saluran tiga.

Terdahulu, ketibaan Johari disambut rata-rata pengundi yang turut membuang undi di pusat mengundi sama dengan ada daripada mereka mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Johari berentap dengan tiga lagi calon lain dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU14.

Parlimen Titiwangsa mempunyai 80,747 orang pengundi berdaftar dengan tiga zon melibatkan Kampung Pandan, Datuk Keramat dan Kampung Baru.

Daripada peratusan tersebut, 72.5 peratus bersamaan 58,509 pengundi Melayu, 16.4 peratus bersamaan 13,250 pengundi Cina, sementara 9.5 peratus 7,687 adalah pengundi India, dan lain-lain, 1.6 peratus bersamaan 1, 301 pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI