fbpx

PRU15: Empat beradik teruja mengundi buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat beradik hadir ke Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, Sabah bagi melaksanakan proses mengundi kali pertama. - Foto: Ivan Amirul

PUTATAN – Keterujaan mahu melalui sendiri proses pembuangan undi buat kali pertama membuatkan seorang remaja bersama tiga lagi adik-beradiknya sanggup bangun seawal 5 pagi untuk bersiap ke pusat mengundi.

Nurul Aishah Hasmarah,18; Nurul Aida Syakirah Hasmarah, 20; Nurul Atikah Hasmarah, 23, dan Nurul Ain Hazwani Hasmarah, 26, tiba di SMK Putatan sekitar pukul 7 pagi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan.

Nurul Aishah Hasmarah berkata, dia bersiap awal ke pusat mengundi berikutan tinggal di kawasan Sepanggar.

“Saya bekerja menetap agak jauh daripada lokasi mengundi. Oleh itu, memang sudah merancang keluar mengundi awal

“Selain itu keterujaan saya bertambah disebabkan dapat keluar membuang undi buat kali pertama bersama adik-beradik yang lain di parlimen sama,” katanya ketika ditemui selepas proses membuang undi sebentar tadi.

Ditanya mengenai harapannya ke atas calon yang bakal memenangi kerusi Parlimen Putatan, Nurul Aishah berkata, dirinya tidak kisah siapa bakal jadi pemimpin kelak asalkan dapat memimpin dengan jujur dan perihatin terhadap nasib rakyat temasuklah generasi muda.

Sementara itu, walaupun mengalami sakit lutut serta terpaksa berkerusi roda namun ia bukan penghalang buat seorang warga emas, Saadiah Idris, 73, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi Parlimen Putatan.

Ditemui sejurus selesai membuang undi, Saadiah berkata, dia yang ditemani menantunya bertolak dari rumah yang terletak di Likas seawal pukul 7 pagi.

“Anak dan menantu memang merancang supaya kami keluar mengundi awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Tambah pula, hanya saya seorang sahaja yang mengundi di Putatan, anak semuanya di Likas. Sebab itulah juga mereka bawa saya dahulu membuang undi di sini sebelum kembali ke Likas,” katanya yang sudah mengalami sakit lemah lutut sejak 2018. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI