fbpx

PRU15: Dua calon Parlimen Tanjong Karang undi di lokasi sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habibah (tengah) menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi di SK Parit 4, Tanjong Karang hari ini.

KUALA SELANGOR – Dua calon Parlimen Tanjong Karang mengundi di lokasi sama di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Habibah Mohd. Yusof yang berbaju kurung merah tiba di pusat pengundian itu, pukul 10.40 pagi tadi.

Terdahulu, calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol menunaikan tanggungjawab membuang undi, kira-kira pukul 9.30 pagi.

Habibah berkata, beliau bersikap terbuka dengan menerima segala keputusan rakyat dan berserah kepada takdir Allah.

“Selain itu, saya memohon maaf kepada semua pihak jika melakukan kesilapan dan terkasar bahasa sebelum ini,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan sekolah itu.

Tinjauan mendapati pusat mengundi itu mula dipenuhi sejak pukul 7.30 pagi dan proses pengundian berjalan lancar serta terkawal setakat ini.

Dua calon lain iaitu Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi dari Perikatan Nasional (PN) dan Siti Rahayu Baharin (PH) masing-masing melaksanakan tanggungjawab itu di SK Tanjong Karang dan Jerlun, Kedah.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA), Azlan Sani Zawaw atau Lando pula mengundi di Sekolah Integrasi Rendah Agama Jawi (Siraj) Al-Alusi, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI