fbpx

PRU15: Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alllahyarham Md. Yunus.

KUANTAN – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Md. Yunus Ramli meninggal dunia awal pagi ini.

Difahamkan Allahyarham yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Rompin meninggal dunia di Hospital Rompin.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Jabar mengesahkan allahyarham meninggal dunia pada pukul 3.30 pagi.

“Saya tidak dapat sahkan sakit mungkin serangan jantung kalau mengejut begini, kepenatan.

“Sama-sama kita doakan moga rohnya dirahmati Allah,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, susulan kematian calon bagi kerusi Dun Tioman, pengundian bagi kerusi itu ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional(BN) yang merupakan penyandang Datuk Seri Mohd Johari Hussain; Calon PN, Md. Yunus Ramli, Calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzly Mohd Ramly; Calon Pejuang, Osman A. Bakar dan calon Bebas, Sulaiman Bakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI