fbpx

PRU15: Azeez Rahim harapkan keajaiban pada ulang tahun kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez membantu seorang pengundi yang uzur di SMK Syed Abu Bakar, Kupang hari ini.

BALING – Penyandang dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya ke-56.

Beliau sehubungan itu mengharapkan keajaiban dan berserah kepada takdir Allah.

“Sebelum penamaan calon baru-baru ini, saya berkesempatan menunaikan umrah dan berdoa di hadapan Kaabah agar tarikh PRU15 jatuh pada 19 November.

“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya itu,” katanya di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar, Kupang di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI