fbpx

PRU15: Aminuddin selesai mengundi di Parlimen Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN selesai menunaikan tanggungjawab di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Hj. Mohd. Redza. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hj. Mohd. Redza pada pukul 8.15 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Port Dickson tiba sendirian dengan berpakaian baju hujan berwarna hitam dilihat beratur dan menunggu gilian di Saluran 2 Pusat Pembuangan Undi sambil beramah mesra dengan orang ramai.

Aminuddin ketika ditemui berharap pengundi dapat turun seramai mungkin kerana ini merupakan tanggungjawab wajib bagi seorang warganegara Malaysia.

“Walaupun cuaca kurang memberansangkan (hujan) tetapi saya lihat kehadiran dan semangat itu cukup tinggi, itulah tanda bahawa kieinginan mereka untuk melihat negara yg dipimpin kepimpinan terbaik,” katanya.

Menurut Aminuddin, beliau yang selesai mengundi pada pukul 9.15 pagi selepas ini akan membuat lawatan di sekitar Pusat Mengundi sekitar Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI