fbpx

PRU15: Ahmad Zahid, isteri dan anak sulung mengundi di Sungai Nipah Darat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat di Bagan Datuk hari ini. - Foto/ZULFACHRI ZULKIFLI

BAGAN DATUK – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengundi di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat di sini pagi ini.

Ahmad Zahid, 69, yang juga calon BN bagi Parlimen Bagan Datuk, berpakaian kemeja biru, tiba di pekarangan madrasah tersebut pada pukul 8.14 pagi.

Presiden UMNO itu diiringi isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan anak sulung, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, yang juga mengundi di situ.

Beliau yang menyandang kerusi tersebut sejak 1995 ditentang tiga pencabar iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin, 47, dari Pakatan Harapan (PH) dan Dr. Muhammad Faiz Na’aman dari Perikatan Nasional (PN), 39.

Turut bertanding ialah bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, 71, yang bertanding sebagai calon bebas dengan menggunakan simbol kunci.

Ketiga-tiga pencabar itu bagaimanapun tidak mengundi di Bagan Datuk kerana bukan pengundi berdaftar di parlimen tersebut.

Pada PRU14, Ahmad Zahid memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,073 dalam pertembungan tiga penjuru.

Sepanjang lima penggal menjadi Ahli Parlimen, majoriti terbesar pernah diperolehi Ahmad Zahid ialah ketika pertama kali bertanding PRU pada 1995 dengan majoriti 14,830 dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Parti Semangat 46 yang kini sudah tidak wujud lagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga pernah memenangi PRU-11 pada 2004 dengan majoriti 12,539 undi tetapi merosot kepada 2,692 undi dalam PRU berikutnya pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI