fbpx

PRU15: Ahmad Said individu terawal mengundi di SK Teluk Kalong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menolak kerusi roda ibu mertuanya, Selamah sebelum memasuki pusat pengundian di SK Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, Kijal di sini sebentar tadi.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu tiba di pusat mengundi terbabit dengan diiringi isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud serta lebih 20 ahli keluarganya pada pukul 7.55 pagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal tersebut turut menolak kerusi roda ibu mertuanya, Selamah Ngah, 71, yang uzur memasuki pusat pengundian.

Ahmad yang selesai membuang undi kira-kira pukul 8.08 minit berpuas hati dengan tempoh kempen dan proses pengundian hari ini.

“Hari ini merupakan kemuncaknya selepas 14 hari tempoh berkempen Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Saya harap semua pengundi akan keluar awal kerana hujan dijangka turun (di Kemaman) pada sebelah petang,” katanya di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ahmad yang pertama kali bertanding di kerusi Parlimen berhadapan dengan pencabar lain iaitu Che Alias Hamid dari Perikatan Nasional, Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuangan Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI