fbpx

PRU15: Ahmad Jazlan selesai mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan semasa membuang undi di pusat mengundi di SMK Machang. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

MACHANG – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang di sini hari ini.

Beliau yang ditemani isterinya, Wan Norizan Wan Ismail tiba di pusat mengundi seawal pukul 8 pagi sebelum membuang undi 15 minit kemudian.

Ahmad Jazlan berkata, perjalanan proses mengundi hari ini diharap berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang sangat baik.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT cuaca hari ini agak baik dan diharap peratus yang keluar mengundi hari ini amat tinggi.

“Saya menyeru kepada seluruh rakyat agar keluar melaksanakan tanggungjawab mengundi untuk negara,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Jazlan berdepan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada Perikatan Nasional (PN), Dr. Rosli Allani S. Abdull Khadir (Pakatan Harapan) dan Mejar (B) Muhamad Seman (Gerakan Tanah Air).

Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan kerusi Parlimen Machang dimenangi Ahmad Jazlan dengan majoriti 2,824 undi menewaskan calon Pas, Zulkifli Mamat dan Pakatan Harapan, Datuk Sazmi Miah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI