fbpx

PRU15: 50 peratus buang undi setakat 1 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi meletakkan telefon bimbit di bekas yang disediakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran penggunaannya adalah tidak dibenarkan di tempat mengundi. - GAMBAR/ FARIZ RUSADIO

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 1 tengah hari tadi adalah sebanyak 50 peratus.

Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak sebelum ini berkata, sebanyak 38,348 Tempat Mengundi (saluran) akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 363,515 orang petugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI