PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) memaklumkan jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari tadi adalah sebanyak 42 peratus.
Dijangkakan seramai 20,853,681 pengundi akan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 8,958 Pusat Mengundi bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak sebelum ini berkata, sebanyak 38,348 Tempat Mengundi (saluran) akan dibuka bermula 7.30 pagi dengan melibatkan seramai 363,515 orang petugas. – KOSMO! ONLINE