PADANG BESAR – Perikatan Nasional (PN) mendominasi empat daripada lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Padang Besar sehingga pukul 10 malam ini.
Di DUN Titi Tinggi PN mendahului dengan 378 undi di depan BN (92), PH (22), Bebas (6), Pejuang (5) dan Warisan (2).
Di DUN Beseri, PN mencatatkan undi 359 di depan BN yang mencatatkan 225 manakala PH 125 undi dan Warisan mendapat tujuh undi.
Bagi DUN Chuping, BN mendahului dengan mencatatkan 332 undi, PN (319) dan PH (125).
Di DUN Mata Ayer, PN meraih undian sebanyak 472 undi berbanding BN (262) manakala PH (78)
DUN Santan pula menunjukkan PN terus mendominasi undi sebanyak 527 undi manakala BN mendapat 318 undi dan PH pula mencatatkan 148 undi. – KOSMO! ONLINE