fbpx

Pengundi marah proses giliran terlalu lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki yang mula tidak puas hati kerana barisan yang perlahan ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mula tidak puas hati apabila terpaksa menunggu nombor giliran yang terlampau perlahan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, pagi tadi.

Di dalam satu video yang dimuat naik oleh @RajaHisyam1 di Twitter sekitar pukul 8.32 pagi, kelihatan seorang lelaki mula menjerit marah kerana terpaksa menunggu lama untuk membuang undi.

Rata-rata di dalam video berkenaan kelihatan warga emas sedang beratur dalam barisan yang panjang tanpa sebarang pergerakkan.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 45,000 tontonan, 755 perkongsian dan 988 tanda suka di Twitter.

Sementara itu, di ruangan komen, kelihatan pengundi di kawasan lain turut mengalami situasi yang sama dimana mereka terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama.

“Sama lah dekat Sekolah Kebangsaan Kempadang, Kuantan ini. Satu jam warga emas menunggu, dengan ada yang berkerusi roda, dan orang kurang upaya (OKU). Barisan tidak bergerak daripada tadi,” ciap seorang pengundi.

“Banyak pengundi yang ambil masa lama semasa nak pangkah itu. Tidak tahu apa mereka buat, bukan susah pun, hanya tanda X sahaja,” komen salah seorang pengguna Twitter yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI