fbpx

Terima kunjungan 2.5 juta per saat punca gangguan MYSPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan SPR berhubung dengan kesesakan dan gangguan pada aplikasi dan portal MySPR Semak.

PETALING JAYA – Laman sesawang MySPR Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengalami gangguan pada capaian aplikasi ekoran sejumlah 2.54 juta pengguna per saat pengguna cuba mengakses laman sesawang tersebut.

SPR dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang berusaha memaksimumkan jumlah capaian bagi server tersebut untuk mengatasi masalah itu.

“MySPR Semak mendapat hits yang terlampau tinggi sehingga melepasi 2.5 juta per saat, sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan dan gangguan pada capaian aplikasi dan portal MySPR Semak.

“Sebagai alternatif, para pengundi boleh mendapatkan maklumat pengundian dengan menelefon talian hotline SPR di 03-8892 7218 atau menyemak dibarung SPR di semua pusat mengundi,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI