KUALA LUMPUR – Tinjauan Kosmo! mendapati pengamal media tempatan mula membanjiri pusat media Barisan Nasional (BN), di pekarangan Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Masing-masing yang tiba seawal pukul 5.15 petang tadi di lokasi untuk mengikuti keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Namun kelibat penyokong-penyokong BN masih belum kelihatan. – KOSMO! ONLINE