PETALING JAYA – Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang tergendala akibat pengguna yang terlalu ramai akhirnya boleh diakses sekarang ini.
Berbaki tiga jam lagi, laman web itu penting hari ini bagi memudahkan pengundi mengetahui tempat dan saluran pengundian.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan laman SPR tergendala apabila tidak boleh diakses akibat pengguna yang terlalu tinggi.
Orang ramai melayari laman web itu serentak sejak pagi bagi mendapatkan maklumat penting pengundian hari ini. – KOSMO! ONLINE